Posts

Perjanjian majukan sektor pertanian Sabah

Image
Yahya Husin (lima dari kiri) bersama Dr. Maximus Johnity Ongkili (empat dari kiri) bersama Ketua setiausaha MOSTI, Datuk Madinah Mohamad (tiga dari kiri) wakil syarikat yang menandatangani MoA dan MoU bersama Kerajaan Negeri Sabah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. SABAH telah dikenal pasti sebagai tapak perintis pelaksanaan beberapa program yang membabitkan kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kerajaan negeri. Ia termasuk beberapa projek perintis selain projek-projek pertanian yang bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat dan rakyat negeri itu. Ekoran itu beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) telah ditandatangani bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program berkenaan. Ia membabitkan MOSTI menerusi agensi-agensinya yang telah menandatangani MoU dan dua MoA berkenaan dengan Kerajaan Negeri Sabah. Memorandum pertama adalah antara Mimos Berhad (Mimos) dengan Jabatan Pertanian Sabah (JPS) bagi progr

Tanaman kacang soya

Image
Tanaman kacang soya Soybean Scientific classification Kingdom: Plantae (unranked): Angiosperms (unranked): Eudicots (unranked): Rosids Order: Fabales Family: Fabaceae Subfamily: Faboideae Genus: Glycine Species: G. max Binomial name Glycine max ( L. ) Merr. Synonyms [ 1 ] Dolichos soja L. Glycine angustifolia Miq. Glycine gracilis Skvortsov Glycine hispida ( Moench ) Maxim. Glycine soja sensu auct. Phaseolus max L. Soja angustifolia Miq. Soja hispida Moench Soja japonica Savi Soja max ( L. ) Piper Soja soja H.Karst. Soja viridis Savi KACANG soya ( soya bean ) dengan nama saintifik Glycine max dari famili Leguminosae berasal dari Asia Timur tetapi pengeluaran sekarang sebanyak 55 peratus adalah dari Amerika Syarikat. Pokok kacang soya yang matang setinggi 60 sentimeter (sm) akan mengeluarkan bunga berbentuk rama-rama berwarna ungu dan keluar di bawah ketiak daun antara 31 dan 40 hari selepas ditanam

25 premis diarah tanggal logo halal tak diiktiraf

Image
PUTRAJAYA 25 Jan. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan 126 operasi penguatkuasaan sijil halal di seluruh negara dan sepanjang operasi tersebut 25 premis makanan diarahkan mencabut logo halal yang dipamerkan di premis masing-masing. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusof berkata, 25 premis tersebut diarah berbuat demikian kerana menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim. Menurutnya, seperti mana yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu, hanya logo halal yang dikeluarkan Jakim boleh diguna pakai dan diiktiraf di seluruh negara. Serentak itu, katanya, semua sijil halal sedia ada terbatal pada malam 31 Disember dan semua pihak perlu mengemukakan permohonan baru kepada pengeluar tunggal iaitu Jakim untuk dipamerkan di premis masing-masing. "Keputusan itu sejajar dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dan Persijilan Halal yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai lalu bagi menggan

Sokong penjara mandatori sebabkan kemalangan

Image
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong pelaksanaan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan dan kematian sekiranya ia langkah terbaik menyedarkan golongan itu. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman itu perlu difikirkan memandangkan masyarakat selama ini tidak mengambil endah pesanan kerajaan dan pihak berkuasa sehingga menyaksikan bilangan kes kematian masih membimbangkan setiap kali Ops Sikap pada musim perayaan. ''Saya tengok tahun lepas bila IGP (Ketua Polis Negara) sudah cuba bawa pendekatan menyedarkan rakyat, merayu, mendidik, jumlah kemalangan dan kematian tidak menurun. "Jika itu (hukuman penjara) boleh menurunkan bilangan kematian di jalan raya, saya rasa kita tiada pilihan kerana usaha selama ini tidak berhasil," katanya kepada pemberita selepas selepas menghadiri Program Belia Anti Jenayah di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Keselamatan Jalan Ray

WCEF wujud pelaburan baru

Image
NAJIB Tun Razak bersama Michael Yeoh (tiga, kiri); Mohd. Sidek Hassan (kiri); Lee Kim Yew (dua, kiri); Chua Soi Lek (tiga, kanan); Jefry Cheah (empat, kanan) dan Koh Tsu Koon (dua, kanan) menggaul ‘yee sang’ sempena pelancaran Forum Ekonomi China Sedunia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMA PUTRAJAYA 25 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) hari ini, yakin inisiatif itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memainkan peranan penting dalam koridor Pertumbuhan Ekonomi Segi Tiga baru. Perdana Menteri berkata, ini kerana koridor yang merangkumi China melalui Asia Tenggara dan India hingga ke Asia Barat itu akan mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan yang sangat banyak. ‘‘Satu usaha baru yang akan membina jambatan antara Timur dan Barat, pada masa sama ia untuk menggalakkan kerjasama, memperkukuh integrasi ekonomi dan meningkatkan perdagangan di rantau ini,” katanya. Beliau berkata

Ketua Audit Negara perjelaskan laporan

Image
Ketua Audit Negara perjelas laporan AMBRIN BUANG KUALA LUMPUR 25 Jan. – Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, “Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.” Katanya, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut beliau, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengaudi

Mesir tahan penerbangan Libya Airlines

Image
KAHERAH 26 Jan. – Penemuan satu objek yang disyaki bom mengakibatkan penerbangan sebuah pesawat Libya Airlines dibatalkan, semalam. ‘Objek besi’ itu ditemui beberapa minit sebelum pesawat 203 ke Tripoli berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir. “Selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, sepasukan pakar bom dan pengawal keselamatan di bawa ke dalam pesawat untuk melakukan pemeriksaan. “Namun, tiada apa yang ditemui dan pihak berkuasa kini sedang menyoal siasat kesemua 75 penumpang pesawat tersebut,” kata pegawai lapangan terbang. Menurut beliau, pesawat tersebut ketika ini ditahan di Kaherah sehingga siasatan selesai. – AFP