Posts

Minat dalam kesenian tanaman bonsai

Image
Minat seni bonsai MENJADI rutin harian Abdul Hakam untuk memangkas pokok bonsainya bagi memastikan ia mengikut gubahan yang diinginkan. KESABARAN seseorang akan teruji tatkala menanti gubahan pokok bonsai yang dihasilkan menjadi tua dan kenit. Namun bagi penggemar seni menggubah pokok dalam pasu, tempoh menunggu yang kadang kala memakan masa belasan tahun itu dikatakan berbaloi dan 'terbayar' tatkala melihat keindahan dan keunikan yang terhasil dari tumbuhan kenit itu. Perkara tersebut diakui oleh Abdul Hakam Mohamed Esivan, 35, yang merupakan antara penggemar seni bonsai dan juga ahli Persatuan Seni Bonsai Malaysia sejak tahun 2008. Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu berkata, mencintai seni bonsai memberinya ketenangan dan kepuasan berganda kerana ilham yang dicetuskan mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit. "Minat terhadap seni bonsai bermula setelah melihat ibu saya menggubah pokok bunga di halaman rumah. Sejak itu, saya cuba menggubah poko

Mati bogel dalam hotel

Image
Mati bogel dalam hotel ANGGOTA polis mengusung mayat Rajes yang ditemui mati dalam keadaan berbogel di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Dua pekerja sebuah hotel bertaraf lima bintang yang baru hendak membersihkan sebuah bilik di tingkat lima premis itu terperanjat besar apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah semalam. Mayat R. Rajes, 37, ditemui tertiarap di atas katil pada pukul 3 petang di hotel yang terletak di Jalan Ampang di sini itu. Sehubungan itu, polis kini sedang mencari seorang rakan mangsa bagi membantu siasatan kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Lelaki itu dipercayai berada di tempat kejadian sebelum mayat Rajes ditemui. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan objek keras di kepalanya berkali-kali hingga mati. Katanya, pukulan tersebut menyebabkan kepala mangsa berlumuran darah sela

Jurulatih didakwa raba atlet

Image
Jurulatih didakwa raba atlet NIKOLOZ di Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas didakwa mencabul seorang atlet perempuan. MELAKA – Angkara meraba kemaluan atlet remaja perempuan, seorang jurulatih gimnastik artistik Georgia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam. Bagaimanapun, tertuduh Nikoloz Mikeladze, 64, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar. Mengikut pertuduhan, Nikoloz didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang atlet perempuan berusia 16 tahun (waktu kejadian) dengan meraba kemaluan mangsa. Perbuatan itu didakwa dilakukan di pusat latihan gimnastik negeri, Ayer Leleh pada 16 Ogos 2011, pukul 5 petang. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya K

Daftar segera dengan MyIPO

Image
Daftar segera - MyIPO ISMAIL SABRI bersama penggiat-penggiat industri seni pada sesi pertemuan membincangkan peraturan-peraturan di bawah Akta Hak Cipta 1987 (pindaan 2010) di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Badan Kutipan Royalti di negara ini dikehendaki mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) segera bagi mengelak dikenakan denda sebanyak RM500,000 selepas Peraturan Pendaftaran Badan-badan Kutipan Royalti diwartakan Jun ini. Ia ditetapkan hasil pertemuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan penggiat-penggiat seni kreatif bagi membincangkan draf peraturan-peraturan di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan 2010) di sini semalam. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendaftaran itu bertujuan supaya aktiviti dan sistem pengurusan royalti diurus lebih telus dan adil. “Badan-badan yang ada boleh mula mendaftar segera bagi mengelak didenda. “Kita juga telah menetapkan hanya badan-badan yang mempunyai

Geng penyamun masuk perangkap

Image
Geng penyamun terperangkap MOHAN SINGH (tengah) menunjukkan sebahagian barang kes yang dirampas daripada Geng Snooke dan Geng Wan Toncet pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Penglibatan sekumpulan lelaki bergelar Geng Snooke yang giat menyamun, meragut dan mencuri di daerah Cheras berkubur apabila lima anggota kumpulan itu diberkas baru-baru ini. Suspek-suspek berusia antara 24 dan 25 tahun itu ditahan selepas polis menyiasat laporan seorang wanita yang diragut penjenayah berkenaan di Batu 6, Jalan Cheras pada pukul 11.30 malam, 28 Januari lalu. Kelima-lima suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru di sini pada pukul 1 pagi, 3 April lalu. Dua daripada mereka positif ganja. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui beberapa senjata dan barangan dipercayai hasil samun, ragut dan curi. "Antara barangan yang dirampas termasuk sebilah sabit, sebilah par

Ratu Elizabeth ucap tahniah

Image
Ratu Elizabeth ucap tahniah   KUALA LUMPUR - Ratu Elizabeth II (gambar) dari Britain telah mengutus ucapan tahniah kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas pertabalan baginda buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 hari ini. "Beta ingin mengucapkan tahniah kepada Tuanku (Abdul Halim) bersempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong. "Beta masih menaruh ingatan manis tentang lawatan Tuanku ke United Kingdom pada 1974 dan telah menyaksikan dengan penuh sanjungan bagaimana Malaysia telah berkembang sambil kekal memelihara keperibadian dan nilai-nilainya yang mulia. Related Posts :Info Semasa

pelajar cemerlang SPM dapat bantuan Tan Sri Muhyiddin Yassin

1,609 pelajar cemerlang SPM dapat bantuan KUALA LUMPUR - Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan bantuan kewangan pengajian (bursary) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan.