Posts

Pemuliharaan pokok nadir

Image
Buah ciku (Manikara achras). JIKA disebut nadir pasti ramai di antara kita yang mengetahui maksudnya, iaitu jarang. Justeru, pokok buah-buahan nadir memiliki maksudnya yang sama iaitu, pokok buah-buahan yang jarang ditemui. Bahkan sesetengah spesies pokok tersebut hanya boleh boleh ditemui dan dikenal pasti oleh pakar barulah diketahui bahwa buahnya boleh dimakan mahupun tidak. Malah, terdapat juga pokok serta buah-buahan nadir tersebut hanya boleh didapati di kawasan atau negeri-negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan. Oleh kerana buah-buahan tersebut jarang ditemui dan dijadikan makanan, kebanyakan spesiesnya semakin dipinggirkan sekali gus boleh menyebabkan kepupusan. Menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)

Vitato ganti gandum

Image
Jejari ubi VitAto memiliki rasa yang lebih enak dan manis secara semulajadi berbanding jejari kentang yang sedia ada di pasaran. HANYA terdapat di sebelah pantai timur negara, ubi keledek VitAto merupakan produk terbaru MARDI dalam menggantikan pengunaan tepung gandum dalam negara. Menurut Pengurus Pusat Inkubator MARDI Besut, Terengganu, Mohd. Saiful Nizam Hussein berkata, menerusi penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak institut tersebut mereka berjaya menghasilkan produk makanan berasaskan ubi berkenaan. “Di kenali sebagai VitAto, produk yang berasakan ubi VitAto ini merupakan bahan terbaik menggantikan tepung gandum dalam menghasilkan produk bakeri seperti donut, kek cawan dan pelbagai lagi. “Malah, kejayaan menghasilkan produk tersebut adalah dorongan daripada lambakan bahan mentah (ubi keledek VitAto) yang mudah diperoleh di sekitar Besut, Terengganu," katanya ketika di temui di pusat inkubator tersebut baru-baru ini

Menerajui sektor pertanian Kedah

Image
Keluasan ladang betik di bawak projek PMBKed yang terdapat di Kedah. DI kurniakan dengan kawasan tanah yang menghijau dan subur menjadikan Malaysia merupakan negara yang amat bertuah. Rata-rata, rakyat negara ini amat bertuah kerana jika rajin berusaha apa sahaja kerja yang dilakukan pasti membuahkan hasil. Bidang pertanian merupakan antara asas yang membina ekonomi negara sejak awal kemerdekaan lagi. Malaysia terkenal dengan sektor perladangan getah suatu ketika dahulu dan kini dikenali pula dengan perladangan kelapa sawit. Malah, negara telah dinobatkan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia walaupun tanaman tersebut bukanlah merupakan spesies asal terdapat di negara ini. Pengurusan serta polisi kerajaan yang mementingkan sektor pertanian sejak dari dulu lagi kini telah mula membuahkan hasilnya. Begitu juga dengan kerajaan negeri Kedah menerusi Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) turut melaksanakan pelbagai projek dalam sektor pertanian bagi meny

F1: Hamilton sambar petak depan Grand Prix China

Image
SHANGHAI 13 April - Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menyambar petak pertama pada Grand Prix Formula Satu China sebentar tadi, meninggalkan pemandu Lotus, Kimi Raikkonen di tempat kedua. Ini merupakan petak depan ke-27 dalam karier Hamilton, juara dunia 2008, sekali gus meletakkan pemandu Britain itu sebagai pilihan untuk memenangi perlumbaan sebenar esok. Pemandu Ferrari, Fernando Alonso mencatat masa ketiga terpantas, manakala juara dunia, Sebastian Vettel dari Red Bull hanya akan memulakan saingan esok dari petak kesembilan selepas memilih untuk mengharungi sesi kelayakan dengan perlahan tetapi menggunakan tayar pertengahan yang lebih tahan lama berbanding tayar lembut yang digunakan Hamilton. Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber tidak beraksi pada sesi kedua kelayakan kerana masalah bahan bakar. - REUTERS Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

Chong Wei ceria kini bergelar bapa

Image
KUALA LUMPUR 12 April - Pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, hari ini sah bergelar bapa apabila isterinya yang juga bekas pemain perseorangan wanita kebangsaan, Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Kingston Lee. Bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat dilahirkan kira-kira pukul 2.30 petang tadi di Hospital Gleneagles dekat sini. - UTUSAN ONLINE

Kingston lengkapi Chong Wei, Mew Choo

Image
LEE Chong Wei dan Wong Mew Choo sempat bergambar bersama Kingston selepas kelahiran anak sulung mereka, semalam. KUALA LUMPUR - Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi orang paling gembira semalam selepas isterinya, Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki. Bayi yang diberi nama Kingston Lee dan seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Gleneagles pada jam 2.30 petang di sini, semalam. Chong We, 30, yang menemani isterinya sepanjang pembedahan berkata, dia amat gembira kerana isterinya telah selamat melahirkan putera sulung mereka tanpa sebarang komplikasi. “Isteri serta anak saya semuanya dalam keadaan okey. Saya menemani isteri saya ke dalam bilik pembedahan. Saya rasa begitu lega dan gembira. “Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi bapa dan harap dengan kehadiran orang baharu ini dapat membawa tuah untuk saya mencatat kejayaan lebih besar lagi," katanya di sini, semalam. Berkongsi perasaannya se

Tonton Movie Online:Takut: Faces of Fear

Image
Genre: Horror Tagline: 7 directors, 6 stories, 1 emotion - FEAR Runtime: Indonesia:90 min User Rating: 5.5/10 (68 votes) IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1314246/