Achik Spin Meninggal dunia

Achik Spin Meninggal Dunia


achik spin dan isteri

Salam Takziah buat isteri dan keluagra Achik Spin yang baru sahaja kehilangan orang tersayang pada 17.04.2010 yang lalu.. Achik Spin disahkan meninggal dunia semasa terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) dalam pukul 6.15 petang.. Kenderaan MPV Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas setelah melanggar papan tanda sehingga menyebabkan Achik Spin tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.. Achik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala…

Jenazah Achik Spin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampangan semalam, Allahyarham Achik Spin meninggalkan seorang isteri, Rose Zaitul Suriani dan dua orang anak perempuan berusia di antara tiga tahun dan 10 bulan.

Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Achik Spin semoga Roh Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..

gambar mpv achik spin terbakar

Gambar MPV Toyota Estima yang dinaiki Achik spin meletop dan terbakar

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban