301 mangsa banjir di Kedah masih di pusat pemindahan

301 mangsa banjir di Kedah masih di pusat pemindahan

13/11/2010 12:29pm

ALOR SETAR 13 Nov. – Keadaan banjir di Kedah semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan terus berkurangan, iaitu hanya seramai 301 orang daripada 110 keluarga, dan melibatkan satu daerah sahaja iaitu Kubang Pasu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara berkata, mangsa banjir di Kota Setar telah pulang secara berperingkat-peringkat dan semua pusat pemindahan di daerah itu ditutup pada 5 pagi tadi.

Katanya, sehingga 10 pagi ini, hanya empat pusat pemindahan masih dibuka di Kubang Pasu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan Tunjang, Surau Kampung Lahar Halban dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban