Bajet 2011 lebihan RM2.77 juta

Bajet 2011 lebihan RM2.77 juta

NUSAJAYA 12 Nov. - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman membentangkan Bajet 2011 berjumlah RM814.12 juta dengan lebihan diunjurkan berjumlah RM2.77 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau berkata, bajet lebihan tersebut ekoran prestasi ekonomi Johor yang memberangsangkan seiring dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi oleh kerajaan dan pemulihan ekonomi global.

Menerusi bajet itu, katanya, kerajaan negeri menjangkakan mendapat hasil berjumlah RM814.12 juta manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM811.35 juta.

"Oleh itu, lebihan bagi 2011 adalah sebanyak RM2.77 juta berbanding dengan defisit dalam Bajet 2010 berjumlah RM1.5 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 bagi negeri ini yang bertemakan 'Mendahulukan Kesejahteraan Rakyat'.

Sebelum ini, Johor mencatatkan bajet defisit bagi tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2008.

Isu bajet defisit turut dimainkan oleh parti pembangkang hingga menyebar dakyah bahawa kerajaan Johor adalah muflis.

Abdul Ghani berkata, hasil cukai bagi 2011 dianggarkan sebanyak RM316.88 juta iaitu penambahan sebanyak RM37.98 juta berbanding anggaran asal pada 2010 manakala kutipan daripada hasil bukan cukai pula dianggarkan sebanyak RM351.42 juta, iaitu penurunan RM11.11 juta atau 3.06 peratus.

Beliau memberitahu, terimaan bukan hasil pula dianggarkan sebanyak RM145.82 juta.

Menurutnya, perbelanjaan mengurus dianggarkan meningkat sebanyak 3.27 peratus daripada RM785.65 juta pada 2010 kepada RM811.35 juta pada tahun depan.

Kata Abdul Ghani, salah satu komponen bagi perbelanjaan mengurus ialah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap yang merupakan 31.52 peratus daripada peruntukan yang disediakan dalam 2011.

Katanya, ia termasuk bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM31.88 juta dan caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan (RM100 juta).

Tambahnya, perbelanjaan emolumen pula berjumlah RM313.28 juta atau 38.6 peratus daripada keseluruhan peruntukan 2011 dengan perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM226.55 juta, aset (RM13.37 juta) dan lain-lain (RM2.4 juta).

Menurutnya, peruntukan pembangunan pula adalah sebanyak RM313.33 juta dengan sejumlah RM58.5 juta diperuntukkan kepada pejabat Menteri Besar bagi tujuan pelbagai pembangunan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan Jabatan Kerja Raya negeri (RM143.45 juta).

Selain itu, tambahnya, pembangunan sektor pertanian menerima peruntukan sebanyak RM35.99 juta, Jabatan Agama Negeri Johor (RM21 juta), Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM11.61 juta), pembinaan dan penyelenggaraan rakyat (RM2.41 juta), pejabat tanah dan daerah (RM31 juta) dan perhutanan serta pelancongan (RM9.33 juta).

Menurut Abdul Ghani, kerajaan negeri merangka strategi Bajet 2011 yang menggariskan lima strategi utama antaranya mendaya ekonomi secara strategik dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, strategi lain ialah meningkatkan kualiti hidup setaraf negara maju, mentransformasi perkhidmatan awam dan pembangunan masyarakat sivil yang beridentiti nilai-nilai murni.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban