Bendung krisis makanan

Bendung krisis makanan

SERDANG 27 Nov. - Kerajaan akan mengadakan kerjasama strategik untuk mewujudkan tapak pengeluaran makanan di luar negara sebagai salah satu usaha meningkatkan bekalan makanan Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata perkara itu adalah antara langkah-langkah yang diambil untuk membendung kemungkinan berlakunya krisis makanan yang berpunca daripada kenaikan harga yang melampau dan kekurangan bekalan.

"Misalnya tanaman padi, kita tidak mungkin dapat (menghasilkan) 100 peratus, kalau dapat 70 peratus pun sudah cukup.

"Saya fikir kita boleh lihat kemungkinan untuk memajukan kawasan (pertanian) di luar negara kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding kos menambah tanaman padi di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian serentak Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, dua timbalannya, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Chua Tee Yong dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, antara langkah lain yang perlu diambil ialah meningkatkan produktiviti pengeluaran kawasan pertanian sedia ada melalui penggunaan benih, teknologi dan infrastruktur baru.

Selain itu katanya, langkah bersepadu untuk menangani kesan perubahan iklim dunia perlu diberi perhatian bagi mengelakkan ia mencetuskan krisis makanan.

"Kesan perubahan iklim sudah menjadi fenomena global dan tiada satu negara pun yang akan terlepas.

"Apa yang penting ialah bagaimana kita bertindak secara selaras untuk membendung kesan yang bakal berlaku," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Perdana Menteri menyeru syarikat swasta dan syarikat milik kerajaaan (GLC) supaya meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian.

Katanya, penglibatan syarikat berkenaan pastinya melonjakkan pengeluaran yang tinggi melalui penggunaan teknologi moden.

"Mereka juga berkemampuan membangunkan pertanian pada skala yang besar dan saya percaya inilah antara pendekatan yang perlu kita lakukan sebagai sebuah negara supaya keselamatan makanan tidak menjadi kebimbangan dan satu ancaman," tegasnya


p/s: berkata tentang isu kenaikan harga barang dan kekurangan stock bahan pemakanan*
soalan"apakah masyarakat memandang ia sebagai perkara penting"
soalan 2 " apakah masyarakat benar-benar faham hak mereka sebagai penguna?"
soalan 3 "apakah masyarakat tahu "mereka juga bertanggung-jawap dalam hal begini"
soalan 4 " apakah saluran aduan yang ada"dan badan apa yang bertindak
sebagai (speacial task force)

menjawap"hal begini "biro aduan awam" ada disetiap kawasan tapi tidak pernah digunakan
oleh sebab"itu kawasan yang terbiar mudah terdedah dengan penipuan@scam
yang digunakan peruncit
contoh kesalahan"menyorok bekalan dan kemudian menaikkan harga'atas alasan
kekurangan barangan"
badan yang dipertanggungjawapkan ialah "biro aduan awam/KPDN"

JIKA ANDA INGIN MELAPORKAN AKTIVITI SEDEMIKIAN"

CLICK ADUAN ADUAN ANDA AKAN DILAPORKAN TERUS KE KPDN

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Tangkal Besi Movie 2011 sdtvrip