Bomba malaysia tetap masa 10 minit

Bomba tetap masa 10 minit untuk tiba di lokasi


















KUALA TERENGGANU 29 Nov. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menetapkan masa 10 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang berdekatan dan kurang 20 minit bagi tempat yang agak jauh.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, penetapan itu sebagai usaha memperbaiki imej jabatan yang tercalar sebelum ini berikutan dakwaan lambat tiba bagi membantu kes-kes kebakaran dan sebagainya.

Jabatan itu akan memastikan maklum balas bagi sesuatu panggilan kecemasan dipercepat dan disegerakan bagi meningkatkan imejnya dan menetapkan tempoh maklum balas itu merupakan Petunjuk Prestasi utama (KPI) jabatan.

“Kelewatan sampai di tempat kejadian akan merugikan apabila kebakaran merebak yang sukar dikawal dan diselamat,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja pertama ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Negeri Md Salleh Sarbini. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban