Kadar caruman KWSP pekerja 11percent

Kadar caruman KWSP pekerja 11%































KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari 2011.

Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 sehingga Disember 2010.

Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.

Beliau berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban