Keputusan cabar SPR 14 Januari

Keputusan cabar SPR 14 Januari



























KUALA LUMPUR 23 Nov. – Permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, V. Sivakumar dan lima lagi yang mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN akan diputuskan pada 14 Januari tahun depan.

Tarikh tersebut ditetapkan hari ini oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, Datuk Aziah Ali selepas selesai mendengar hujahan dalam prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pemohon.

Pada 3 Februari tahun lalu, Sivakumar mengeluarkan notis kepada SPR bahawa berlaku kekosongan kerusi selepas menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang).

Oleh kerana meragui surat peletakan jawatan mereka, SPR enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi itu.

Sivakumar kemudian memfailkan semakan kehakiman pada 10 Mac tahun lalu dengan menamakan Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong serta SPR selaku responden.

Ia bagi mencabar keputusan SPR yang membuat keputusan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi ketiga-tiga DUN itu ekoran wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN Bebas.

Ketiga-tiga ADUN tersebut berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Permohonan serupa turut difailkan oleh tiga ADUN iaitu Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Tai Sing Ng (Parti Keadilan Rakyat-Kuala Sepetang), A. Sivanesan (DAP-Sungkai) dan tiga pengundi iaitu Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) serta Foo Hon Wai (Jelapang).

Terdahulu, Hakim Aziah menolak permohonan peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili kesemua pemohon supaya pemohon kelima iaitu Abdul Latif Ariffin dikeluarkan daripada senarai pemohon kes itu.

Menurut Ambiga, Abdul Latif tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan permohonan tersebut kerana beliau bukan pengundi berdaftar bagi DUN Changkat Jering sebaliknya di Kuala Sepetang.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban