KUALA LUMPUR - Dua ditembak

Dua ditembak di khalayak ramai

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Dipercayai angkara dendam, dua orang lelaki cedera selepas ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di khalayak ramai di Bandar Baru Sungai Buloh di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang, kedua-dua mangsa yang berusia 25 dan 28 tahun itu cedera di kaki selepas ditembak sebanyak lima das oleh suspek dari jarak dekat.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang duduk di atas sebuah kerusi di hadapan sebuah kedai pajak gadai yang telah ditutup.

"Tiba-tiba, muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan memakai topi keledar berpenutup penuh berhenti di hadapan mangsa.

"Seorang daripada suspek kemudian melepaskan lima das tembakan ke arah kedua-dua mangsa tanpa sempat mereka melarikan diri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau menambah, suspek kemudian melarikan diri manakala kedua-dua mangsa rebah di kaki lima kedai tersebut.

Akibat tembakan jarak dekat itu, katanya, mangsa cedera di kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Omar berkata, hasil siasatan awal ditempat kejadian polis menemui empat kelongsong peluru jenis .9mm.

Katanya, pihak polis juga sedang berusaha mengesan suspek-suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik premis pajak gadai berkenaan.

Beliau berkata, motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan. Kedua-dua mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban