Mangsa banjir di Kedah diminta daftar

Mangsa banjir di Kedah diminta daftar sebelum 28 Nov

13/11/2010 12:31pm

ALOR SETAR 13 Nov. – Semua keluarga mangsa banjir di Kedah diminta mendaftar menerusi satu borang khas bagi membolehkan kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan dengan lebih teratur, selain memastikan tidak ada pihak yang tercicir daripada menerimanya.

Borang itu boleh diambil mulai esok di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta pejabat parti komponen BN.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Banjir Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, borang berkenaan harus dikembalikan selewat-lewatnya 28 November ini dan ia perlu diisi oleh semua keluarga mangsa banjir, sama ada mereka berpindah ke pusat pemindahan atau tidak berpindah, menumpang rumah saudara mara, menetap di hotel dan sebagainya.

Beliau berkata, selain penghuni rumah kediaman, penghuni rumah kedai yang terjejas akibat banjir juga perlu mendaftar.

"Semua yang terlibat, yang kita anggarkan 60,000 keluarga, perlu mendaftar menerusi borang khas berkenaan. Kita akan menggerakkan semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan terlibat banjir bagi memastikan setiap keluarga mendaftar,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pertama jawatankuasa itu malam tadi. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban