MR253 & MR263 tingkatkan hasil padi

Varieti MR253, MR263 tingkatkan hasil padi




















SERDANG 27 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melancarkan dua varieti padi baru sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2010 (MAHA 2010), di sini.

Varieti padi MR253 dan MR263 itu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan ketara.

Menurut kenyataan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), varieti MR253 mampu memberikan hasil padi yang tinggi walaupun ditanam di kawasan tanah bermasalah seperti tanah gambut dan berasid.

"MR253 toleran terhadap persekitaran tersebut dan membantu meningkatkan hasil agar lebih berdaya maju dan membantu peningkatan pengeluaran.

"Di samping itu, hasil varieti ini juga mempunyai ciri-ciri lain seperi kerintangan terhadap perosak utama selain kualiti biji yang baik," katanya.

Bagi varieti MR263 pula, MARDI berkata ia mempunyai ciri utama yang rintang kepada penyakit karah.

Katanya, varieti tersebut bakal menggantikan varieti padi yang digunakan secara meluas di negara ini iaitu MR219 dan MR220.

"Kerintangan MR219 terhadap penyakit karah didapati semakin menurun, sehubungan itu varieti padi MR263 dihasilkan bagi membantu mencegah perosak," katanya.

Menyaksikan majlis pelancaran itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Setiausaha Kementeriannya, Datuk Mohd. Hashim Abdullah; Pengerusi MARDI Datuk Mohd. Mokhtar Ismail dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman.

Comments

  1. BENIH PADI MR263 TIDAK TAHAN DGN CUACA PANAS. ANAK PADI SY BERUMUR SEMINGGU TERBANTUT PENBESARANNYA (TANAH KERING) BERBANDING 'PADI KEBAL'.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Tangkal Besi Movie 2011 sdtvrip