Pegawai seleweng diesel tidak dilindungi

Pegawai seleweng diesel tidak dilindungi

BERA 27 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan melindungi atau berkompromi dengan mana-mana kakitangannya yang terlibat dengan aktiviti penyelewengan subsidi diesel.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, perbuatan kakitangan kementerian itu termasuk nelayan, persatuan nelayan dan pembekal yang terlibat melakukan penyelewengan tersebut dianggap sebagai pengkhianat negara.

Katanya, akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, kerajaan terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit.

‘‘Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu penyelewengan subsidi diesel ini kerana ia melibatkan wang rakyat,” tegasnya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Keselamatan sempena program Juara Rakyat Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur di sini hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, pihaknya dan beberapa kementerian telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi di seluruh negara.

Selain kementeriannya, kata beliau, jawatankuasa itu turut membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana yang dipersetujui pada mesyuarat Kabinet semalam.

Tambah beliau, pihaknya percaya penyelewengan diesel bersubsidi itu bukan hanya berlaku di kalangan nelayan tetapi pihak lain yang turut menerima subsidi berkenaan.

Sebelum ini jelasnya, setiap tindakan penguatkuasaan dijalankan di peringkat kementerian masing-masing sehingga menyukarkan pemantauan secara menyeluruh.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata, koordinasi dan pertukaran maklumat secara bersama mampu memberi kesan dalam membanteras kegiatan yang disifatkannya seperti mengkhianati negara sendiri.

Selain itu katanya, jawatankuasa tersebut akan mencari mekanisme terbaik dalam pemberian subsidi diesel bagi mengelakkan gejala seumpama itu berterusan.

Ditanya mengenai laporan terdapat anggota penguat kuasa kementeriannya yang disyaki terlibat dalam penyelewengan subsidi berkenaan, Ismail Sabri berkata, pihaknya tidak akan melindungi pegawainya yang tidak mempunyai integriti.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Tangkal Besi Movie 2011 sdtvrip