Peluang 120 usahawan terus aktiviti

120 usahawan berpeluang terus aktiviti














































SERDANG 26 Nov. - Lebih 120 usahawan Pahang berpeluang meneruskan pelbagai aktiviti di Pavilion Rumah Pahang di sini sepanjang tahun selepas Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2010 (MAHA 2010) berakhir.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rumah berkenaan merupakan tapak kekal negeri itu dan ia akan dibuka setiap hari.

''Rumah ini kita akan bangunkan bersama-sama usahawan yang sanggup menggerakkannya.

''Peluang ini terbuka kepada usahawan yang bersedia berkecimpung dan menggerakkan secara kekal rumah ini. Malah, penyelenggaraan aktiviti secara berkala akan dilakukan bagi mengekalkan laman kekal ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pavilion Rumah Pahang di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Adnan berkata, usaha tersebut perlu bagi mempromosikan industri kecil dan sederhana tempatan (IKS) melibatkan pelbagai produk makanan seperti madu, kerepek nangka, halwa dan jem ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, kerajaan negeri bersedia membantu usahawan menjayakan perkampungan produk membabitkan laman bernilai RM1.5 juta itu.

Jelasnya lagi, pelbagai aktiviti bakal diadakan di laman berkeluasan 1,000 meter persegi dengan bentuk moden dengan menampilkan gading gajah dan mata cogan sebagai lambang negeri itu.

''Antaranya promosi peluang pelaburan, demonstrasi masakan biri-biri 'dorper Pekan' panggang, demonstrasi dan jualan nanas shake dan demonstrasi jualan nangka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban