PKR - Putrajaya makin lesu

Tawan Putrajaya makin lesu















NAJIB Tun Razak memegang setangkai jambu air Malaysia di Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Serdang Selangor,
semalam. – mingguan/ ismail kamadin



PETALING JAYA 27 Nov. – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dihujani pelbagai persoalan daripada seorang wakil Perak, Zulkifli Ibrahim ketika berbahas menyokong ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Ketujuh parti itu di sini hari ini.

Selain menempelak JPP dengan persoalan mengenai kelemahan dalam pemilihan PKR yang baru berakhir beberapa hari lalu, Zulkifli juga mencuri tumpuan perwakilan apabila mendakwa semangat parti itu untuk menawan Putrajaya kini semakin lesu.

Katanya, kedua-dua keadaan itu berlaku kerana PKR gagal membuktikan perubahan seperti yang dijanjikan oleh para pemimpin parti dan keadaan itu memberi ruang kepada UMNO serta Barisan Nasional (BN) untuk kembali menarik sokongan rakyat.

“Pemilihan parti 2010 akan termaktub sebagai satu usaha baik yang gagal, purata keluar mengundi kurang 10 peratus dan menunjukkan ahli tidak komited dalam menentukan pemimpin

“Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan kerajaan negeri kita bercakap pasal reformasi, tapi pada hakikatnya parti sendiri gagal untuk direformasikan,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada JPP diberi kuasa penuh serta bertanggungjawab dalam melaksanakan pemilihan parti yang lalu dan adakah ia berlangsung dengan telus.

Sepatutnya, kata beliau, pemilihan parti itu perlu berlangsung dengan telus memandangkan PKR sering mempersoalkan keadilan dalam sistem pilihan raya negara yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



p/s: tiada manusia yang suka pada keburukan"dan sifat keburukan"

tiada manusia yang suka pada orang yang suka memburuk-burukkan org lain"

"kalau ia mendatangkan kebaikan nescaya ia mendapat jalan terbaik"

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban