Raja Arab Saudi - Raja Abdullah semakin pulih

Sakit tulang belakang: Raja Abdullah semakin pulih


















Raja Abdullah




RIYADH 29 Nov. - Kesihatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah yang menjalani pembedahan Rabu lalu kini semakin baik apabila beliau kini boleh berjalan sendiri, kata Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef bin Abdul Aziz.

Putera Nayef yang juga merupakan adik tiri kepada Raja Abdullah berkata, Penjaga Dua Kota Suci itu kini mula berjalan-jalan di sekitar hospital di New York yang merupakan tempat beliau dirawat kerana sakit di bahagian tulang belakang.

Bagaimanapun, Putera Nayef tidak mengulas lanjut sama ada Raja Abdullah telah dibenarkan keluar dari Hospital New York atau masih lagi menjalani rawatan. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban