Tentera Darat sedia tangani rampasan pesawat

Tentera Darat sedia tangani rampasan pesawat

PULAU PINANG 26 Nov. - Tentera Darat sentiasa bersedia menangani krisis keganasan melibatkan pesawat udara yang dicetuskan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuk dari luar.

Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, untuk tujuan itu, Tentera Darat sentiasa mengkaji serta menilai kepakaran dan tahap kesiagaan pasukan khas yang ditubuhkan iaitu Unit Lawan Keganasan (ULK) 11 Rejimen Gerak Khas.

Menurut beliau, persiapan tersebut termasuk memperoleh peralatan dan kelengkapan canggih terkini seiring dengan kepesatan teknologi persenjataan.

"Kita tidak boleh menafikan pesawat kita atau milik syarikat penerbangan lain mungkin boleh dirampas oleh kumpulan pengganas dan kepakaran kita diperlukan untuk menangani krisis tersebut.

"Justeru, kecekapan pasukan khas perlu sentiasa dilihat termasuk keperluan persenjataan baru," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan latihan operasi menyelamat tebusan dalam pesawat, Eksesais Thunderbolt oleh Markas 21 Grup Gerak Khas (GGK) di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini hari ini.

Hadir sama Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud; Panglima 21 GGK, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Samad Yaakob dan Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Tajri Alwi.

Eksesais Thunderbolt diadakan selama lima hari bermula 22 November lalu.

Agensi-agensi lain terlibat dalam latihan berkenaan termasuk Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airports Berhad (MAB) dan AirAsia Bhd. yang menyediakan pesawat Airbus A320.

Zulkifeli menambah, latihan berkenaan turut menguji kecekapan pasukan-pasukan lain dalam Tentera Darat seperti Pemusnah Ordnans Letupan (EOD) dan Kor Kesihatan Diraja.

Mengulas latihan berkenaan, Zulkifeli memberitahu, beliau amat berpuas hati dengan segala perancangan dan tindakan oleh pihak-pihak terlibat khususnya pasukan ULK 11 Rejimen Gerak Khas.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban