Tiada laporan pelajar Malaysia di Korea perlu dipindahkan

Tiada laporan pelajar Malaysia di Korea perlu dipindahkan




KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menghubungi Kedutaan Malaysia di Korea untuk mengetahui perkembangan serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan yang memerlukan tindakan diambil untuk memindahkan pelajar-pelajar Malaysia ke tempat lain.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan diambil bergantung pada laporan yang diterima daripada kedutaan.

"Seperti di mana-mana negara luar yang kita hantar pelajar, kita akan melihat keadaan dan sekiranya laporan memerlukan mereka dipindahkan ke tempat lain, kita akan lakukan," katanya pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 ELS Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai keadaan pelajar-pelajar Malaysia ekoran konflik yang melanda Semenanjung Korea berikutan serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong yang menempatkan kira-kira 1,000 tentera Korea Selatan baru-baru ini.

Terdapat 300 hingga 500 pelajar Malaysia menuntut di Korea Selatan.

Bagaimanapun, kata Saifuddin, setakat ini tiada laporan yang diterima dan Malaysia juga memahami konflik itu berlaku di kawasan sempadan Korea Utara dan Selatan.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban