Umat Islam diminta waspada

Umat Islam diminta waspada

KUALA TERENGGANU 12 Nov. - Umat Islam perlu berwaspada agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan al-Quran yang kandungan tafsirannya dikesan telah dicampur aduk dengan hasil kajian sains.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Anas Mohd. Yunus berkata, tafsiran sedemikian bertujuan mengelirukan mereka dan akhirnya boleh merosakkan akidah.

Beliau menjelaskan, al-Quran merupakan kitab suci Allah yang 100 peratus sempurna serta lengkap dengan tafsirannya sampai bila-bila, sedangkan kajian sains pula sentiasa berubah-ubah.

Malah, katanya, para ulama turut menetapkan, al-Quran tidak boleh ditafsirkan dengan kajian sains sebaliknya hanya bersifat menyokong kepada tafsiran kitab suci itu.

"Ulama kata, al-Quran dan sains tak boleh ditafsirkan bersama, cuma sains hanya dianggap sebagai petanda yang hanya boleh dijadikan iktibar untuk meningkatkan ketaatan terhadap al-Quran.

"Tapi al-Quran (tafsiran) tidak boleh sama sekali dicampurkan dengan kajian sains," katanya semasa menjawab soalan seorang peserta program Munaqashah Fikru Al-Islami Siri ke-9 di Menara Yayasan Islam Terengganu (YIT) di sini semalam.

Anas sebelum itu, turut membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk 'Perkara Ajaib Menurut Pandangan Islam' pada program anjuran YIT yang disertai lebih 400 orang kakitangan kerajaan negeri serta ahli agama.

Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat. Turut hadir, Pengarah YIT, Md. Kamaru Al-Amin Ismail.

Terdahulu, ketika membentangkan kertas kerjanya, Anas turut menyeru umat Islam supaya memakan sekurang-kurangnya tujuh biji kurma setiap pagi bagi mengelak daripada gangguan jin atau syaitan.

Menurutnya, pemakanan itu merupakan amalan Nabi Muhammad S.A.W dan sewajarnya menjadi ikutan bagi menjauhi gangguan makhluk halus.

Selain itu, kata Anas, hasil kajian seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Aisyah Mohd. Zain mendapati jus kurma berupaya membantu mencegah pelbagai penyakit termasuk barah usus.

"Hasil kajian juga mendapati jus kurma boleh mencegah sembelit, lemah otot, sengal badan dan lesu di samping mampu menyembuhkan masalah sakit puan," katanya.


INFO UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban