Zakiah, suami diberi tempoh 3 bulan

Zakiah, suami diberi tempoh 3 bulan



























KUALA LUMPUR 23 Nov. – Jawatankuasa Pendamai yang dilantik bagi menyelesaikan permohonan bercerai secara baik oleh personaliti TV3, Zakiah Anas dengan suaminya, diberi tempoh tiga bulan lagi untuk meneruskan proses rundingan.

Keputusan tersebut dibuat setelah Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dekat sini hari ini, Ghazali Ahmad tidak berpuas hati dengan laporan pelaksanaan Jawatankuasa Pendamai yang dilantik oleh Zakiah, 43, dan suaminya, Mohamad Yusof @Mohamed Yusof Taib, 48, sejak 1 Julai lalu.

Dua wakil tersebut iaitu Md. Hairi Md. Salleh merupakan wakil bagi pihak defendan, Mohamad Yusof, manakala Zakiah selaku plaintif memilih anak saudaranya, Affendi Yusoff sebagai wakil dalam jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Ghazali, sebanyak dua perbincangan telah diadakan pada 6 Ogos dan 23 Oktober lalu namun wakil daripada pihak plaintif tidak pernah hadir pada kedua-dua tarikh tersebut.

“Mahkamah telah beri masa tiga bulan, bagaimanapun masa terbuang begitu sahaja dengan kedua-dua wakil tidak berkerjasama untuk melaksanakan jawatankuasa yang dilantik.

“Sebelum ini, wakil-wakil yang dilantik menyatakan kesanggupan untuk menjadi wakil tetapi sekarang sebaliknya. Oleh demikian, saya beri tempoh masa lagi untuk kedua-dua pihak meneruskan proses tersebut,” katanya.

Ghazali kemudian menangguhkan kes itu pada 9 Februari tahun depan bagi mendengar laporan penuh daripada wakil-wakil yang terlibat dalam jawatankuasa itu yang bertanggungjawab mengadakan rundingan bagi mencari jalan perdamaian antara kedua-dua pihak.

Zakiah hadir bersama Peguam Syarie Abdullah Anuar Sahri yang mewakilinya. Mohamad Yusof yang tidak diwakili peguam syarie turut hadir ke prosiding hari ini.

Permohonan untuk bercerai secara baik itu difailkan sendiri oleh Zakiah pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Sebelum ini, Zakiah pernah memfailkan pengesahan permohonan cerai secara fasakh sebelum menukarnya kepada pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Syariah Shah Alam tetapi menarik balik kes itu pada 1 September tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban