Britain mahu denda lapangan terbang

Britain mahu denda lapangan terbang






































LONDON 26 Dis. - Britain akan memperkenalkan undang-undang baru yang membolehkan lapangan terbang didenda kerana menyebabkan perjalanan penumpang tergendala seperti yang berlaku menjelang perayaan Krismas apabila operasi Lapangan Terbang Heathrow terganggu ekoran salji tebal.

Menteri Pengangkutan Britain, Philip Hammond dipetik akhbar Sunday Times sebagai berkata, operator lapangan terbang diberi kuasa untuk mengeluarkan denda sebanyak berpuluh-puluh ribu pounds kepada lapangan terbang yang menutup operasinya ekoran cuaca teruk.

Katanya, sukar untuk menerima kenyataan bahawa syarikat pengurusan lapangan terbang Heathrow, Syarikat Penerbangan British (BAA) tidak dikenakan sebarang hukuman menurut undang-undang sedia ada.

"Kita sepatutnya mengenakan penalti ekonomi kepada lapangan terbang yang gagal memberi perkhidmatan yang baik.

"Perhatian yang lebih perlu diberikan kepada prestasi lapangan terbang untuk memuaskan hati pelanggan," katanya.

Laporan akhbar itu menyatakan, Operator Lembaga Penerbangan Awam (CAA) mengesahkan denda tidak akan dikeluarkan berikutan kekacauan yang berlaku di lapangan terbang Heathrow. - AFP

Menjelang cuti perayaan Krismas, beratus-ratus penumpang terpaksa bermalam di lapangan terbang selama berhari-hari hari apabila ia ditutup.

Kebanyakan penerbangan kini kembali beroperasi seperti biasa, tetapi penutupan lapangan terbang tersebut mencetuskan kemarahan dengan Perdana Menteri David Cameron dilapor terpaksa campur tangan membantu BAA, namun dinafikan syarikat tersebut. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban