Kewangan Islam kian diminati

Kewangan Islam kian diminati






















KUALA LUMPUR 26 Nov. - Institut Pengurusan Akauntan Berkanun (CIMA) menyasarkan lebih banyak negara barat mempelajari sistem kewangan Islam dan melaksanakannya di negara masing-masing.

Pengarah Eksekutifnya, Dr. Robert Jelly berkata, sebagai contoh, pihaknya kini menerima penyertaan akauntan daripada 53 buah negara termasuk negara barat yang berminat mengikuti pengajian kewangan Islam di CIMA.

Katanya, ia merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dan bilangannya bertambah dari tahun ke tahun.

"Kami menawarkan pengajian sistem kewangan Islam di bawah CIMA sejak tiga tahun lalu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelly menambah, pihaknya mendapati semakin ramai pengamal perakaunan barat dan bukan Islam mendapati sistem kewangan Islam bukan bersifat keagamaan.

Sebaliknya, ia merupakan satu sistem global yang mementingkan sama rata dan keadilan dalam kewangan.

"Selain barat seperti United Kingdom (UK), negara-negara bukan Islam di Asia sendiri menerima konsep kewangan Islam seperti China, Hong Kong dan Singapura,'' ujarnya.

Ketika ditanya adakah beliau sendiri berminat dengan sistem kewangan Islam, Jelly berkata, dia terpaut dengan sistem kewangan Islam setelah melihat pelaksanaannya di Malaysia beberapa tahun dahulu.

Katanya, Malaysia sendiri sudah menjadi rumah keduanya selain UK.

"Walaupun bukan orang Islam, Malaysia telah mengajar saya untuk memahami sistem kewangan Islam dengan baik.

"Setiap masyarakat bukan Islam perlu berfikiran terbuka dan tidak boleh terlalu berfikiran sempit sehingga menyebabkan sistem kewangan Islam itu hanya untuk masyarakat Islam sahaja, sebaliknya ia boleh digunapakai di peringkat global,'' katanya.

Ditanya pandangan beliau mengenai dunia akan selamat daripada krisis ekonomi sekiranya menjalankan sistem kewangan Islam berbanding konvensional yang diperkenalkan dari barat, Jelly berkata, ia bukan jaminan bahawa krisis ekonomi tidak akan berlaku.

Sebaliknya beliau berkata, mana-mana sistem kewangan tidak sempurna dan ia memerlukan nilai tambah berdasarkan keadaan semasa.

"Saya tidak boleh berkata sistem kewangan konvensional tidak baik sebaliknya ia merupakan krisis yang dicipta berdasarkan keadaan semasa itu sendiri.

"Dalam Islam itu sendiri, kegemilangan Nabi Muhammad bertitik tolak daripada krisis yang dialaminya terlebih dahulu dalam meraih keyakinan dan kepercayaan masyarakat dan ia menunjukkan krisis itu perlu sebagai panduan dalam setiap sistem termasuk dalam sistem kewangan Islam,'' ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban