Presiden Korea Selatan tiba untuk lawatan negara

Presiden Korea Selatan tiba untuk lawatan negara pertama







































SEPANG 9 Dis. – Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan negara pertamanya ke Malaysia.

Pesawat khas yang membawa beliau serta 190 orang terdiri daripada menteri, pegawai kanan, ahli perniagaan dan petugas media, tiba pada 6.30 petang di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.

Beliau disambut oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha selaku menteri pengiring serta Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay.

Lawatan dua hari Lee ini sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Lee akan disambut secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam satu upacara di Parlimen esok. – Bernama



p/s:welcome to malaysia"

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban