Tiga rahsia kejayaan dalam industri insurans

Tiga rahsia kejayaan dalam industri insurans

















KUALA LUMPUR 26 Dis. - Minat, kegigihan serta pengetahuan latar belakang industri memainkan peranan penting dalam menempa kejayaan seseorang yang terlibat di dalam industri insurans ketika ini.

Itulah ringkasan kata-kata empat kakitangan Hong Leong Assurance Bhd. (HLA) yang telah menerima anugerah masing-masing dalam satu majlis yang diadakan pada Oktober lalu oleh HLA.

Mereka ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini bagi menceritakan pengalaman mereka. Perjumpaan itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLA, Loh Guat Lan dan Pengurus Besarnya, Yong Lai Yin.

Empat pemenang tersebut adalah Michael Tan Kok Kuan, May Lee Sue Wee, Calvin Kong Chee Kin dan Wini Roswita Abdullah.

Kok Kuan memenangi kategori Anugerah Pembinaan Utama (MBA) dan Sue Wee memperolehi anugerah Pengurus Agensi Terbaik.

Sementara itu, Chee Kin dan Wini Roswita masing-masing menerima anugerah Pengurus Unit Terbaik dan Ejen Terbaik.

Bagi Kok Kuan, proses mencari dan membangunkan ejen insurans bukan sesuatu yang mudah kerana ejen yang dipilih perlu mempunyai minat selain mengetahui serba sedikit mengenai industri insurans.

Beliau memperolehi anugerah tersebut dengan mengumpul markah tertinggi untuk kategori MBA. Setiap markah diperolehi apabila setiap ejen yang dibawa masuk oleh beliau berjaya menjual polisi insurans dan penyelesaian kes mengikut ketetapan syarikat.

"Kini, orang ramai semakin berminat menjadi ejen insurans kerana ia merupakan bidang yang mencabar, tambahan pula ia semakin berkembang dan penting dalam kehidupan masyarakat," katanya yang mula menjadi ejen seawal usia 19 tahun.

Jelasnya, kriteria ejen yang dicari adalah mereka yang mempunyai minat dan mahu meningkatkan pencapaian diri.

Sementara itu, Sue Wee dan Chee Kin memperolehi anugerah dengan masing-masing merekodkan nilai premium baru sebanyak RM4.94 juta dan RM4.65 juta bagi tempoh setahun bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu.

Menurut Chee Kin, kejayaan tersebut mendorongnya untuk merekodkan pencapaian yang lebih baik pada masa hadapan. Beliau tidak meletakkan sebarang angka tetapi mahu sasaran itu melebihi RM4.65 juta yang berjaya diperolehinya.

Chee Kin yang sebelum ini berhenti menjadi ejen insurans kembali menerokai bidang tersebut dan dengan berkat usahanya, beliau kembali menjadi ejen serta dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Unit.

"Saya menerima cabaran dalam industri ini dan menukarkannya kepada peluang untuk saya mencapai objektif syarikat dan peribadi," ujarnya.

Sementara itu, Wini Roswita yang merekodkan jualan premium baru dan penyelesaian kes secara individu berjumlah RM1.93 juta membolehkan beliau menerima anugerah Ejen Terbaik bagi HLA bagi tahun kewangan berakhir Jun lalu.

Beliau turut diiktiraf sebagai Ejen Bumiputera HLA dan memegang rekod individu terbaik.

Kata Wini Roswita, 60 peratusnya daripada pelanggannya adalah bumiputera

Katanya, masyarakat kini semakin menitik beratkan mengenai keperluan insurans.

"Saya mencari pelanggan baru apabila menghadiri majlis-majlis keramaian ataupun melalui pelanggan sedia ada," katanya yang hanya merekodkan jualan premium dan penyelesaian kes sebanyak RM400,000 sebelum ini.

HLA turut mensasarkan peningkatan ejen sehingga 8,000 daripada 6,000 bermula tahun kewangan berakhir Jun 2011.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban