Dagangan dijangka lepasi RM1 trilion

Dagangan dijangka lepasi RM1 trilion














Mukhriz Tun Mahathir (kiri) bertanya sesuatu kepada Pengurus Serantau DMG Mori Seiki, Tq Lim selepas merasmikan pembukaan DMG Mori Seiki (Malaysia) Sdn. Bhd. di Shah Alam, semalam. - utusan/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 17 Jan. - Perdagangan negara dijangka melepasi RM1 trilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, pencapaian baik itu berdasarkan perkembangan positif ekonomi negara ketika ini meliputi pelbagai sektor selain dasar mesra pelabur.

''Berdasarkan perangkaan Januari hingga November 2010, kita berjaya mencatatkan nilai perdagangan dan pelaburan antarabangsa melebihi RM1 trilion terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik.

"Justeru, kita yakin pada tahun ini, negara akan dapat mencapai sasaran yang lebih baik lagi berbanding tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Teknologi DMG Mori Seiki (Malaysia) Sdn. Bhd. (DMG Mori Seiki), Glenmarie di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengawai Eksekutif DMG Mori Seiki Asia, Dr. Jens Hardenacke dan Pengurus Wilayah DMG Mori Seiki (Malaysia), T.Q Lim.

Pusat Teknologi DMG Mori Seiki yang berkeluasan 365.76 meter persegi dengan kos pelaburan RM5.7 juta itu merupakan antara operasi pertama syarikat itu di negara ini dalam bidang pembuatan mesin industri meliputi automotif dan penerbangan.

Mukhriz berkata, bagi mengembangkan keupayaan negara untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi, kerajaan tidak lagi menggunakan pendekatan 'kerajaan mengetahui apa yang terbaik' dalam semua bidang di negara ini.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan seperti mana yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan polisi melibatkan semua pihak untuk bersama-sama memberikan pandangan untuk manfaat negara ini.

''Melalui pandangan tersebut, kerajaan boleh membuat penilaian untuk dilaksanakan dalam pembangunan negara meliputi pelbagai bidang termasuklah ekonomi selain menekankan kepentingan rakyat.

''Kementerian sentiasa membuka ruang kepada idea-idea baru seperti mana kerajaan mewujudkan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan sebagainya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban