FBM KLCI catat paras tertinggi baru

FBM KLCI catat paras tertinggi baru

KUALA LUMPUR 17 Jan - Bursa Malaysia ditutup teguh hari ini dengan indeks utama berada pada paras tinggi baharu, dirangsang oleh keuntungan dalam saham-saham kewangan dan saham mewah di celah-celah belian asing yang menggalakkan, kata para peniaga.

Indek Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi 30 saham menokok 4.6 mata atau 0.3 peratus untuk ditutup pada 1,574.49, melepasi paras tinggi 1,572.21 yang dicatatkan pada 7 Jan, 2011.Ia dibuka 3.58 mata lebih tinggi pada 1,573.47.

Indeks Kewangan menokok 65.80 mata kepada 14,385.47 dan Indeks Perindustrian lebih tinggi 4.64 mata kepada 2,932.94.Indeks Perladangan, bagaimanapun, susut 9.09 mata kepada 8,230.58.Indeks FBM Emas mengukuh 26.51 mata kepada 10,855.31 dan Indeks FBM Ace menambah 26.51 mata kepada 10,855.31.Indeks FBM70, bagaimanapun, lebih rendah 0.4 mata kepada 11,655.43.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 412 berbalas 410 sementara 312 kaunter tidak berubah, 247 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.907 bilion saham bernilai RM2.201 bilion daripada 2.144 bilion saham bernilai RM2.537 bilion Jumaat lepas.

Mendahului kaunter aktif ialah SAAG Consolidated, yang mengukuh satu sen kepada 13.5 sen.

Benalec yang baharu disenaraikan, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan carter kapal dan pembinaan marin bersepadu, menambah 34 sen kepada RM1.34.

Ia mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan premium 36 sen daripada harga tawaran RM1 sesaham.

KUB mengembang 11 sen kepada 91.5 sen, Ho Wah Genting menokok empat sen kepada 47.5 sen dan Talam Corp meningkat separuh sen kepada 11 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM8.97, CIMB Group menambah tujuh sen kepada RM8.80, Sime Darby kekal pada RM9.35 dan Petronas Chemical lebih tinggi 20 kepada RM6.35.

Di pasaran utama, jumlah dagangan turun kepada 1.644 bilion saham bernilai RM2.142 bilion daripada 1.821 bilion saham bernilai RM2.466 bilion Jumaat lepas.Perolehan dagangan di Pasaran Ace mengembang kepada 102.497 juta saham bernilai RM14.553 juta daripada 93.226 juta saham bernilai RM16.416 juta.

Jumlah dagangan waran pula merosot kepada 146.805 juta saham bernilai RM38.533 juta daripada 216.508 juta saham bernilai RM51.346 juta sebelumnya.- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban