Ilik Intai - berjaya tewaskan buaya

Ilik Intai berjaya tewaskan buaya


















Ilik Intai cedera di lengan setelah bergelut dengan buaya di Sungai Lemanak
mendapatkan rawatan di Hospital Sri Aman, Engkelili, Sri Aman, Sarawak, semalam


LUBOK ANTU 12 Jan. - Walaupun berusia 55 tahun, seorang lelaki boleh dikatakan memiliki kudrat luar biasa apabila mampu menewaskan seekor buaya dalam pertarungan dengan reptilia itu hari ini.

Kejadian tersebut berlaku pukul 7.30 pagi, semasa Ilik Intai menaiki sampan bersama isterinya, Gani Jinba, 50-an, di Sungai Lemanak untuk ke kebun durian milik mereka di kawasan Engkili.

Ketika sedang mendayung, tiba-tiba Ilik dikejutkan dengan gigitan di lengan kanannya sebelum menyedari ia adalah seekor buaya.

Dia yang duduk di belakang sampan, kemudian ditarik ke dalam sungai lalu berlaku pergelutan antara Ilik dan buaya tersebut selama beberapa minit.

Gani pula yang masih di dalam sampan tidak mampu berbuat apa-apa dan melihat suaminya bertungkus-lumus memukul buaya itu dengan pendayung.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Bidol Noyeng berkata, mangsa yang berasal dari rumah panjang Sibat, Jelukung, berjaya menyelamatkan diri selepas memukul buaya itu menggunakan pendayung.

Katanya, buaya tersebut akhirnya mengalah dan melepaskan gigitan sebelum mangsa berenang ke tebing sungai untuk menyelamatkan diri.

"Mangsa mengalami kecederaan di lengan kanan akibat gigitan buaya dan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.

"Mangsa dan isterinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Engkilili sebagai rujukan pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban