INTI, Wollongong kongsi pusat maklumat

INTI, Wollongong kongsi pusat maklumat

INTI Malaysia akan terus meningkatkan kualiti sebagai kolej, universiti penyelidikan dan pembelajaran dengan menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar bertaraf antarabangsa.

Terbaru, INTI bersama Universiti Wollongong (UOW), Australia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi program pertukaran penyelidikan dan pembelajaran yang melibatkan penuntut antara kedua-dua universiti berkenaan.

Antara kerjasama yang dijalankan meliputi bidang penyelidikan dan pendidikan dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di INTI di Subang, Selangor.

Timbalan Naib Canselor Antarabangsa Universiti Wollongong, Profesor Joe F. Chicharo berkata, antara skop kerjasama itu termasuk mempromosikan pertukaran dan memudahkan penerimaan ahli fakulti serta penyelidik kedua-dua universiti dalam penyediaan disertasi kursus yang menarik di Subang, Selangor.

Beliau berkata, setiap pelajar yang mendaftar di INTI Malaysia yang terlibat dengan program kolaborasi universiti dan INTI boleh mengakses segala maklumat di perpustakaan UOW di Australia.

"Setiap pelajar Ijazah Sarjana Muda kerjasama INTI dan UOW membantu dan memudahkan mereka untuk menggunakan segala maklumat penyelidikan makmal, pusat penyelidikan termasuk perpustakaan serta mengakses badan pentadbiran di Universiti Wollongong," katanya.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Pendidikan Transnasional, Dr. Bill Damachis; Dekan Eksekutif Perniagaan, Professor John Glynn dan Pengarah Unit Sokongan Fakulti Antarabangsa, Robyn Phillips.

Memorandum perjanjian persefahaman (MoU ) yang ditandatangani pada April tahun lalu dimeterai antara INTI Malaysia dan Universiti Wollongong.

INTI Malaysia telah diwakili Timbalan Ketua Pengawai Eksekutifnya, Graham Doxey manakala Universiti Wollongong, Naib Canselornya, Professor Gerard Sutton.

Majlis MoU itu turut disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pendidikan Laureate, Douglas Becker.

Pengarah Perhubungan Awam, Kumpulan Pendidikan INTI Malaysia, Koo Yi Lin berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama maklumat perpustakaan itu memandangkan Universiti Wollongong merupakan salah sebuah universiti terunggul dalam bidang penyelidikan di Australia.

"INTI berharap dengan terjalinnya kerjasama ini dapat meningkatkan lagi status kami sebagai universiti dan kolej penyelidikan dan pembelajaran di Malaysia," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban