Jakim dedah ada NGO pertahan gay

Jakim dedah ada NGO pertahan gay





















KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mendedahkan wujud pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi golongan gay di negara ini.

Menurutnya, agensi-agensi penguat kuasa di negara ini telah lama bertindak membanteras 'budaya import' berkenaan bagaimanapun usaha mereka mendapat bantahan NGO terbabit.

"NGO berkenaan cuba nak jadi 'juara' mempertahankan perlakuan tidak bermoral golongan gay dan cuba menghalang aktiviti penguatkuasaan.

"Sedangkan isu gay bukan masalah bagi orang Islam sahaja tetapi masalah global. Mana-mana pemimpin agama di dunia termasuk Kristian dan Buddha tidak menyokong aktiviti gay.

"Ini kerana, ia memberi kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang mengakui kelab gay sudah lama bertapak di negara ini, percaya ia hasil pengaruh daripada sebuah kelab gay terbesar di rantau Asia iaitu di Singapura.

"Mungkin kerana Malaysia sebuah negara Islam, pelbagai usaha puak anti-Islam dilakukan termasuk menerapkan budaya gay ke negara kita.

"Ada segelintir pelajar di luar negara yang terjebak dengan gay telah membawa masuk budaya itu ke dalam negara.

"Keadaan semakin tidak terkawal dan mudah merebak dengan adanya jaringan komunikasi tanpa sempadan iaitu laman sosial dan blog-blog khusus untuk golongan gay," katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai sama ada undang-undang yang sedia mencukupi untuk mengekang aktiviti gay, beliau enggan memberi sebarang komen mengenainya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban