KNM sasar RM25j perolehan segmen halal

KNM sasar RM25j perolehan segmen halal

PETALING JAYA 12 Jan. - Kontena Nasional Bhd. (KNM) menjangkakan perolehan sebanyak RM25 juta pada tahun ini daripada segmen perniagaan halal dan rantaian sejuk beku yang baharu diceburinya, kata Ketua Pegawai Eksekutif KNB, Hood Osman.

Hood, bagaimanapun enggan menyatakan unjuran perolehan keseluruhan bagi tahun ini, berkata, perkhidmatan sejuk beku yang ditawarkan akan melengkapkan lagi jaringan perniagaan di bawah segmen halal.

"Tahun lalu, kita mencatat perolehan sebanyak RM11 juta dan melalui perkhidmatan sejuk beku, kita yakin sasaran itu mampu dicapai, " katanya dalam sidang akhbar selepas memeterai perjanjian persefahaman dengan Gerimis Baiduri Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Turut hadir adalah Pengarah Urusan Gerimis Baiduri Datuk T.S Liew yang mewakili syarikat tersebut.

Kerjasama kedua-dua syarikat ini membabitkan rantaian penyediaan pusat halal untuk perkhidmatan pengangkutan dan penyimpanan untuk industri sejuk beku di negara ini.

Gerimis Baiduri adalah syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam bidang sejuk beku terutama dalam menyediakan trak sejuk beku.

"KNB tidak pernah mempunyai perkhidmatan sejuk beku selama ini, jadi dengan gabungan secara bersilang ini kami yakin akan mampu meraih pulangan yang baik pada masa akan datang, "katanya.

Hood menambah, KNB menawarkan penyimpanan sejuk beku bagi jangka sederhana dan jangka panjang ke seluruh negara.

Ia mempunyai kompleks gudang terbesar di Pelabuhan Klang yang dikenali sebagai KNDC11 dengan kapasiti 200,000 kaki persegi (18,580.6 meter persegi).

Gudang itu dilengkapi bilik beku seluas 13,500 kaki persegi (1,254.2 meter persegi) dengan suhu sekitar kosong darjah celsius sehingga 20 darjah celsius.

Ia juga mempunyai bilik penyejuk berkeluasan 43,000 kaki persegi (3,994.8 meter persegi) dengan suhu di antara satu darjah celsius sehingga 26 darjah celsius.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban