Laksana R&D, ICT Keselamatan

Laksana R&D, ICT Keselamatan
















ALLATIF Mohd. Noor, Zuraidah Abdul Latif bersama Abdul Azizi Abdul Kadir
(dua dari kiri) dan Mohd. Yusuf Yacob Carlos (kanan sekali)
pada majlis menandatangani MoU di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 12 Jan. - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat swasta untuk melaksanakan projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Naib Canselornya, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor memberitahu, tiga syarikat yang terlibat dalam MoU itu adalah Mimos Berhad, Secure Technology Innovations Sdn. Bhd. (STI) dan Skyview Communication and Technologies Sdn. Bhd. (SCT).

"Setiap syarikat ini akan menjalin kerjasama dalam bidang dipersetujui dalam tempoh tiga tahun. Perjanjian dengan Mimos Berhad ditandatangani untuk melaksanakan R&D serta bidang akademik membabitkan komunikasi dan teknologi maklumat keselamatan.

"Projek-projek yang akan terlibat adalah komunikasi tanpa wayar, informasi keselamatan, simulator, mikroelektronik dan semikonduktor," katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu di Bangunan Canselori UPNM di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporatnya, Datuk Jesbil Singh manakala Mimos diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Aziz Abdul Kadir.

Sementara itu, STI diwakili oleh Pengarah Urusannya, Mohd. Yusuf Yacob Carlos dan Zuraidah Abdul Latif selaku Pengarah Urusan SCT turut menandatangani perjanjian itu.

Allatif berkata, melalui perjanjian itu, pelbagai bidang berkaitan teknologi unmanned vehicle akan dilaksanakan dengan projek pertama adalah mencari dan menyelamat menggunakan sistem Unmanned Aerial Vehicles yang diintegrasi dengan perisian Sartam yang dibangunkan oleh universitinya.

Sementara itu, Zuraidah berkata, perjanjian antara pihaknya dengan universiti itu bertujuan memantapkan kluster R&D untuk kegunaan industri komersial, pertahanan, marin dan operasi mencari dan menyelamat.

"Melalui perjanjian ini, saya berharap agar SCT dan UPNM akan berpeluang menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) dengan mempamerkan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dibangunkan oleh universiti ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban