TM tawar langgan UniFi dalam talian

TM tawar langgan UniFi dalam talian

























































KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pengguna yang berminat untuk melanggan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd. (TM), UniFi, kini boleh menyemak dan mendaftar secara dalam talian menerusi www.tm.com.my atau www.unifi.my bermula 1 Januari lalu.

TM dalam kenyataannya di sini berkata, selari dengan peningkatan permintaan, pendaftaran secara dalam talian membolehkan orang awam menggunakan saluran baru ini untuk mendaftar perkhidmatan UniFi dengan pantas.

''Untuk berbuat demikian, layari mana-mana laman web di atas dan klik butang "langgani sekarang" dan ikut arahan seterusnya.

''Proses ini membolehkan pelanggan baru menyemak kesediaan perkhidmatan berdasarkan alamat, mewujudkan kata laluan dan profil tersendiri, menguruskan akaun mereka dan membuat temujanji pemasangan,'' katanya.

Katanya, bagi menggalakkan pelanggan menggunakan portal layan diri Pusat Khidmat Pengguna Dalam Talian baru, TM memberi semua pelanggan baru yang mendaftar secara dalam talian pengecualian yuran sebulan untuk sebarang langganan pakej UniFi.

''Promosi ini akan berterusan sehingga dimaklumkan kelak.

''UniFi kini ditawarkan menerusi 3 pakej kediaman dan 3 pakej perniagaan. Pakej Kediaman tiga serangkai yang ditawarkan adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 untuk RM199 sebulan dan VIP20 untuk RM249 sebulan.

''Setiap pakej datang bersama perkhidmatan suara, internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan langganan asas HyppTV,'' jelasnya.

Kata kenyataan itu lagi, penawaran tambahan premium HyppTV dan video-atas-permintaan (VoD) juga ditawarkan untuk yuran langganan yang minimum.

TM akan terus memperkaya dan mempelbagaikan penawaran HyppTV dengan menambah saluran-saluran yang lebih menarik dari semasa ke semasa.

Pakej-pakej Perniagaan yang ditawarkan pula adalah BIZ5 untuk RM199 sebulan, BIZ10 pada kadar RM599 sebulan dan BIZ20 pada kadar RM899 sebulan.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban