TPM pengerusikan mesyuarat DTF NKRA

TPM pengerusikan mesyuarat DTF NKRA




















MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan Mohd. Sidek Hassan (dua dari kanan) sebelum mesyuarat membabitkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.



PUTRAJAYA 17 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Delivery Task Force (DTF) membabitkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Enam NKRA itu adalah memerangi rasuah, mengurangkan kadar jenayah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam.

Mesyuarat yang bermula pukul 2 petang dijangka berlangsung selama kira-kira empat jam di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Mesyuarat pertama pada tahun ini bertujuan bagi membentangkan perkembangan semasa pelaksanaan enam NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Pada November lalu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat (GTP) buat julung kalinya selepas diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetuai barisan pelaksanaan program berkenaan.

Najib sendiri akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP). – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban