UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran

UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran
















Zulkifli Mohd. Yusoff (kiri) menerima cek RM10,000 daripada Alias Mohamed
di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Hamzah Abdul Rahman (tengah).




KUALA LUMPUR 12 Jan. - Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) berhasrat melancarkan jurnal penyelidikan al-Quran bertaraf antarabangsa pertengahan bulan depan atau selewat-lewatnya Mac ini.

Menurut Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff, jurnal itu bertujuan membukukan idea-idea para penyelidik al-Quran antarabangsa dalam dua bidang utama iaitu al-Quran tulen dan al-Quran dalam aplikasi sains dan komputer untuk kegunaan masyarakat.

Usaha itu juga katanya, bagi memberi peluang kepada orang ramai mengakses kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa khusus dalam bidang berkaitan kajian al-Quran itu secara atas talian.

"Jurnal itu adalah antara resolusi yang dicapai selepas Seminar Antarabangsa Al-Quran 2011 selama dua hari yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam yang berakhir hari ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seminar itu adalah julung kali diadakan di negara ini dan disertai oleh seramai 300 orang peserta dengan 150 daripadanya merupakan peserta dari 20 buah negara luar.

Ia bertujuan membentuk kerjasama antara penyelidik-penyelidik dalam bidang kajian al-Quran dari seluruh negara dan berjaya menghimpunkan sebanyak 150 kertas kerja dalam bidang berkenaan.

Seminar itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam, dan turut dihadiri oleh Presiden Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia, Dr. Alias Mohamed dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UM, Prof. Dr. Hamzah Abdul Rahman.

Pada seminar sama, Akademi Pengajian Islam UM menerima sumbangan RM10,000 daripada Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia bagi tujuan seminar tersebut.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli menambah, Akademi Pengajian Islam juga berhasrat untuk menjadikan seminar itu sebagai acara tahunan melihat kepada sambutan positif yang diterima daripada peserta-peserta dalam dan luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban