Adenovirus - Dua pelatih Pulapol dibenarkan keluar HKL

Adenovirus: Dua pelatih Pulapol dibenarkan keluar HKL

15/03/2011 5:04pm

KUALA LUMPUR 15 Mac — Seorang pelatih inspektor dan seorang pelatih konstabel lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana dijangkiti virus ”Adenovirus” telah dibenarkan keluar hospital.

Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamed berkata jumlah pelatih yang masih dirawat di HKL kekal seperti semalam iaitu 38 orang apabila dua lagi pelatih inspektor wanita dimasukkan ke hospital itu.

Katanya daripada jumlah itu, dua masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu seorang pelatih inspektor lelaki dan seorang pelatih konstabel lelaki.

"Selebihnya ialah pelatih inspektor wanita 15 orang, pelatih inspektor lelaki 18, pelatih konstabel lelaki empat dan seorang lagi kakitangan Pulapol,” katanya kepada Bernama melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah pengasingan pula adalah seramai 648 orang iaitu 229 pelatih inspektor wanita, 229 pelatih inspektor lelaki, 117 pelatih konstabel lelaki dan 14 kakitangan.

Penularan virus itu di Pulapol yang dikesan sejak 4 Mac lepas menyebabkan seorang pelatih berumur 21 tahun dari Kuala Kangsar, Perak, meninggal dunia di HKL pada 8 Mac lepas. — Bernama












Adenovirus

click for info

info about Adenovirus

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban