Apple iPad 2 dapat sambutan

Apple iPad 2 dapat sambutan

































HONG KONG 14 Mac - Komputer tablet baru Apple iPad 2 yang dieskport ke Hong Kong dengan harga dua kali ganda sehingga HK$15,000 (RM5,867.50) seunit mendapat sambutan hebat di pulau ini, lapor akhbar, hari ini.

Kedai-kedai elektronik di bandar raya ini mula menjual versi baru gajet popular itu yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan kedai-kedai berkenaan menjual iPad 2 berkenaan pada harga antara HK$7,980 hingga HK15,000, dua kali ganda daripada harga yang dijual di AS pada AS$699 (RM2,166.90) seunit.

Akhbar itu yang memetik salah satu kedai berkenaan berkata, harga paling mahal adalah model berwarna putih, 64 gigabyte 3G Wi-fi.

Produk import tersebut adalah produk asli tetapi diimport tanpa kebenaran pengeluarnya.

Apple masih belum mengumumkan jualan iPad 2 di Hong Kong.

Apple iPad dan iPhones sangat popular di Hong Kong di mana penduduknya akan membeli produk terbaru sebaik-baik ia dipasarkan. - Dpa




Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban