Ean minta supaya Teoh dilepaskan pada malam disoal siasat

Ean minta supaya Teoh dilepaskan pada malam disoal siasat





























KUALA LUMPUR 15 Mac — Pemangku Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Kematian Teo Beng Hock bahawa Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah meminta beliau melepaskan Teoh pada malam setiausaha politik itu disoal siasat.

Hairul Ilham Hamzah memberitahu pada prosiding hari ini, Ean turut mempersoal mengapa siasatan perlu diteruskan pada malam 15 Julai 2009 dan meminta supaya Teoh dibenarkan pulang dengan serta-merta.

Bagaimanapun, Hairul Ilham berkata beliau tidak dapat membenarkan Teoh pulang pada waktu itu kerana temu bual masih berjalan dan rakaman percakapan belum diambil.

"Saya memaklumkan kepada Ean bahawa siasatan terhadap Teoh akan dibuat secepat mungkin dan memberitahu beliau saya akan melepaskan Teoh sebelum pukul 5 pagi,” katanya.

Ketika disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud mengapa beliau (Hairul Ilham) membuat keputusan sedemikian, Hairul Ilham berkata dalam kes SPRM, kebanyakan saksi adalah penting.

"Sekiranya saksi dilepaskan, kemungkinan mereka akan mereka-reka cerita dan jikalau saksi ditahan akan mengurangkan potensi saksi untuk berbuat demikian,” katanya. — Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban