Jangan percaya SMS kesan radiasi di Malaysia - TPM

Jangan percaya SMS kesan radiasi di Malaysia - TPM

15/03/2011 5:05pm



























PUTRAJAYA 15 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.

Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata, Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.

Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.

"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.

"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa,” katanya.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di sini hari ini. — Bernama



p/s: kebenaran nya dalam kata-kata pm itu"kalau difikirkan ..Bom Atom juga mempunyai kesan radiasi tinggi "jika dulu 'hiroshima di boom"dengan banyak nya"..kenapa effect nya tak pun sampai ke - negara kita?

sms itu pastinya mempunyai agenda tertentu"jika anda mendapat sms tersebut bolehlah pergi membuat laporan ke balai polis"dan kemudian ke pusat data centre anda"untuk report spam"


Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban