Pilih dana ikut kesesuaian objektif pelaburan

Pilih dana ikut kesesuaian objektif pelaburan

BOLEH saya ketahui lebih lanjut tentang konsep pelaburan dana terbuka serta kelebihan dan risiko melabur dalam dana tersebut?
Sharifah A Mustaffa
(Kuala Lumpur)

Kami percaya Sharifah berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan dalam dana unit amanah dan risiko pelaburan tersebut. Dana unit amanah ialah dana diuruskan secara profesional yang mengumpulkan wang daripada sekumpulan pelabur untuk melabur dalam pelbagai jenis aset, daripada saham kepada bon. Ia juga dikenali sebagai skim pelaburan kolektif dan kini sudah menjadi sejenis kaedah pelaburan yang umum. Terdapat lebih 500 dana unit amanah di Malaysia, dan satu perempat daripadanya adalah dana patuh Syariah.
Kelebihan utama melabur dalam dana unit amanah ialah wang anda diuruskan secara profesional. Pelabur mungkin tidak mempunyai masa, kepakaran atau wang untuk menguruskan portfolio masing-masing. Justeru dana unit amanah ialah cara yang agak berpatutan bagi pelabur kecil untuk mendapatkan khidmat pengurus profesional sepenuh masa yang sedia menguruskan pelaburan mereka.
Dana unit amanah lazimnya disusun dalam dua format, iaitu terbuka dan tertutup. Dana tertutup biasanya menerbitkan unit pemilikan dana kepada orang ramai hanya sekali, iaitu apabila dana dicipta dalam tempoh tawaran awal. Tempoh tawaran awal yang menjadi amalan industri di Malaysia ialah antara 30 hingga 45 hari. Sepanjang tempoh hayat dana, tiada pelaburan atau aliran modal masuk baru dibenarkan sehingga dana matang. Kematangan dana ditentukan pada permulaan dana. Dana terbuka pula ialah sejenis dana unit amanah yang membenarkan pelabur melabur dalam dana pada bila-bila masa. Dalam dana tertutup dan juga terbuka, pelabur boleh menjual pada bila-bila masa berasaskan Nilai Aset Bersih sedia ada.
Terdapat beberapa kelebihan atau manfaat melabur dalam dana unit amanah terbuka. Dana unit amanah terbuka memberikan fleksibiliti kepada pelabur untuk menambahkan pelaburan dalam dana sekiranya timbul keperluan. Sebagai contoh, seorang pelabur yang melabur secara berkala sebagai strategi pelaburan akan mendapati bahawa unit amanah terbuka membolehkannya berbuat demikian. Ini tidak dapat dilakukan bagi dana tertutup yang tidak menawarkan unit selepas tempoh tawaran awal.
Biasanya dana tertutup mungkin mengenakan yuran apabila anda menebus dana sebelum tarikh matang. Jumlah ini berbeza mengikut dana. Untuk mengelakkan yuran dikenakan, pelabur perlu melabur untuk tempoh yang telah ditetapkan.
Bagi sebarang pelaburan dalam dana unit amanah, sama ada tertutup atau terbuka, terdapat kelebihan dan risiko yang dikaitkan dengan pelaburan. Justeru, pelabur perlu memahami strategi pelaburan di sebalik dana pelaburan. Terdapat bank yang boleh membantu anda menentukan profil risiko pelaburan dan menyediakan senarai produk yang menepati profil risiko tersebut. Sebagai contoh, di OCBC Al-Amin, kami melakukannya untuk memastikan produk kami sesuai dengan keperluan risiko pelanggan. Di samping itu, jika pelanggan lebih berumur atau tidak mempunyai pengalaman pelaburan, seorang penyelia jualan akan membantu dalam perbincangan jualan untuk memastikan pelabur memahami produk dengan jelas.
Pada asasnya, pelabur harus berhati-hati apabila memilih pelaburan supaya ia sesuai dengan objektif pelaburan dan toleransi risiko masing-masing. Pelabur harus menghubungi profesional pelaburan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban