Polis tidak lagi menyorok

Polis tidak lagi menyorok

 

 


 



 

 

 

 

 

 


SHAH ALAM 23 April - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis kini tidak lagi menggunakan pendekatan menyorok atau bersembunyi di sebalik sebarang objek ketika mengadakan operasi mengesan pesalah trafik.
Sebaliknya, beliau berkata, anggota polis akan lebih banyak menonjolkan diri serta mengeluarkan saman secara bersemuka mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Beliau bagaimanapun menegaskan, saman ekor dan operasi trafik tetap akan diadakan seperti biasa bagi mengesan pesalah-pesalah trafik.
Menurutnya, menerusi pendekatan itu, semua pengguna jalan raya akan dimaklumkan mengenai kewujudan sekatan dan operasi di hadapan mereka menerusi papan tanda elektronik dan sebagainya.
"Ini bermakna setiap operasi (sekatan) dijalankan, pengguna akan tahu dan jika masih berdegil, mereka akan disaman.
"Ini bermakna, polis tidak akan lagi bersembunyi di sebalik pokok atau tiang lampu, kita akan saman terus dan kalau kena saman jangan lupa bayar.
"Untuk itu, polis akan menggunakan bantuan kemudahan teknologi canggih untuk mengesan mereka (pesalah trafik) seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Sehari Bersama Polis yang dihadiri oleh 1,000 belia berketurunan India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Timbalannya, Datuk A. Thaiveegan serta Setiausaha Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan (SITF) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Denison Jayasooria.
Khalid seterusnya berkata, masyarakat perlu dididik supaya lebih berdisiplin dan sentiasa patuh dengan undang-undang jalan raya walaupun tanpa kehadiran polis.
"Oleh itu proses pendidikan perlu bermula daripada peringkat kanak-kanak supaya mereka lebih berdisiplin dan sentiasa patuh kepada undang-undang," tegasnya.
Terdahulu pada sesi soal jawab diadakan pada majlis itu, Khalid menyeru lebih ramai lagi belia berketurunan India memohon untuk menyertai polis.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban