Rania Tukar tarian seksual

Tukar tarian seksual












ATMOSFERA dunia hiburan Korea baru-baru ini dicemarkan dengan kontroversi tarian berunsur seksual oleh beberapa kumpulan artis wanita. Salah satu yang dikaitkan ialah kumpulan Rania.
Bagaimanapun, kumpulan dianggotai enam jelitawan itu memberitahu bahawa mereka bersedia menukar konsep tarian kepada versi yang lebih bersesuaian.
“Rania telah membuat persediaan dalam tempoh empat tahun sebelum ini untuk muncul, termasuklah latihan tarian untuk album baru mereka yang berjudul Dr. Feel Good.
“Namun, selepas diarahkan oleh pihak stesen televisyen muncul dengan imej lebih sopan, ia bukan satu masalah.
“Meskipun di pihak Rania, mereka kecewa kerana tidak dapat mempersembahkan tarian yang dirasakan ideal buat lagu tersebut, mereka perlu akur.
“Rania akan buat perubahan supaya isu ini tidak berpanjangan,” kata jurucakap kumpulan tersebut.
Bukan sahaja tarian, Rania juga akan tampil dengan imej pakaian yang lebih sesuai dengan kehendak masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban