2 lelaki Nigeria ditahan sumbat syabu RM2.41 juta dalam ubi

2 lelaki Nigeria ditahan sumbat syabu RM2.41 juta dalam ubi






SHAH ALAM 16 Mei – Dua lelaki warga Nigeria mungkin menyangka mereka akan terlepas setelah menyumbat 9.6 kilogram syabu bernilai RM2.41 juta dalam ubi kayu dan keledek Afrika.

Bagaimanapun taktik kedua-duanya yang menaiki penerbangan berasingan dari Doha pada kelmarin dan pagi ini, berjaya dihidu pihak berkuasa.

Ketika ditahan mereka yang berusia 31 dan 32 tahun itu baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, kedua-duanya ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan apabila membimbit beg plastik besar berisi ubi kayu dan keledek.

Katanya, suspek pertama ditahan pada pukul 3.45 petang kelmarin dan ketika itu dia membawa satu beg plastik berisi enam ketul ubi kayu.

Beliau berkata, ketika soal siasat, suspek memberi alasan membawa ubi kayu tersebut untuk rakannya.

“Alasan itu mencurigakan kita memandangkan tanaman tersebut banyak di Malaysia. Jadi, kita terus memeriksa dan menemui enam plastik lutsinar berisi dadah syabu disumbat di dalam ubi kayu tersebut yang telah dikorek isinya.

“Ini merupakan modus operandi terbaru sindiket dadah tetapi mereka kurang cerdik,” katanya kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Menurut Nordin, penahanan pertama memudahkan pihaknya memberkas suspek kedua yang tiba dengan penerbangan pukul 7.30 pagi ini dengan menjalankan modus operandi sama.

Katanya, pemeriksaan terhadap suspek kedua menemui lima lagi plastik dadah syabu yang disumbat di dalam tiga ketul ubi kayu dan dua ketul keledek.

“Suspek kedua meletakkan sebungkus ikan kering untuk mengelakkan dadah dihidu oleh unit anjing, tetapi taktik itu tidak menjadi,” katanya.



p/s: pergh itu ubi special punya nieh.."patut lah diorg leh deposit duit berpuluh ribu cash ditengah malam"rupanya..erm..pada makcik-makcik yang nak kaya cepat tu 'yang punya anak dara tua tak kawin tu leh lah kawin kan dengan diorg"leh dapat anak tumpuk-tumpuk itam putih.wakakakaka....

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban