‘Awang hitam’ cedera dibelasah

‘Awang hitam’ cedera dibelasah








KUALA LUMPUR 16 Mei – Gara-gara dipercayai mengganggu isteri seorang penduduk di Taman Wangsa Permai, Kepong, beberapa lelaki warga Afrika cedera dibelasah sekumpulan penduduk taman itu di sebuah kedai makan, di sini malam semalam.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, tiga hari lalu, mangsa dikatakan telah diganggu oleh beberapa lelaki warga Afrika dan memberitahu kejadian itu kepada suaminya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, lelaki ‘Awang hitam’ itu dikatakan sekali lagi mengganggu wanita terbabit yang melalui kedai makan tersebut.

Bagaimanapun, nasib mereka agak malang kerana suami mangsa bersama sekumpulan penduduk berada berhampiran tempat kejadian untuk mengetahui sama ada aduan isterinya itu benar.

“Selepas mangsa sekali lagi diganggu, sekumpulan penduduk menyerbu masuk kedai terbabit dan berlaku pergaduhan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Seorang lagi saksi, Nor Azura Idayu Nasri, 31, berkata, sekumpulan penduduk telah mengejar salah seorang lelaki Afrika itu sehingga ke dalam pekarangan rumahnya dan membelasah lelaki tersebut.

Katanya, dia yang baru pulang dari kerja di luar daerah terkejut dengan kejadian itu kerana lebih 30 orang, dipercayai penduduk taman itu, mengejar untuk membelasah lelaki warga Afrika tersebut.

“Kumpulan penduduk telah memukul ‘Awang hitam’ itu menggunakan kayu, batu-bata, pisau dan kerusi plastik hingga menyebabkan lelaki terbabit cedera di kepala, bahu dan mulut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


p/s: kekke dapat dah gelaran baru ..kekke.."kalau tak buat salah takkan org nak pukul.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban