Kehebatan konsert D'Lloyd pukau penonton

Kehebatan konsert D'Lloyd pukau penonton



Penyanyi utama D'Lloyd, Sam masih mampu memukau penonton dalam Konsert Semalam di Malaysia di Istana Budaya, malam tadi. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
































KUALA LUMPUR 6 Mei - Biarpun mendapat berita mengejutkan tentang kematian abang pukul 5.50 petang ini, vokalis kumpulan D'Lloyd, Sam tetap tampil menghiburkan peminatnya pada Konsert 'Semalam di Malaysia' di Istana Budaya (IB) yang bermula malam ini.
Walaupun sedih, katanya, persembahan perlu diteruskan bagi mengubat rindu para peminat di Malaysia yang setia menanti kehadiran mereka setelah 35 tahun tidak muncul di pentas terbuka di negara ini.
"Sebenarnya sebelum berangkat ke Malaysia, abang saya Norman Hussien yang berusia 80 tahun sememangnya sudah sakit.
"Namun saya telah meminta izin daripada almarhum abang saya untuk berlepas ke sini bagi menghiburkan para peminat.
"Saya berdoa semoga roh almarhum dicucuri rahmat. Saya tidak mahu menangis dan persembahan ini harus diteruskan," kata Sam atau nama penuhnya Syamsuar Hashim dalam nada sebak.
Berita sedih itu disampaikan oleh satu-satunya ahli wanita kumpulan D'Lloyd, Yuyun sebaik sahaja mereka mendendangkan lagu Jangan Pandang-Pandang yang membuatkan Panggung Sari sepi seketika.
Sebagai penghibur profesional, Sam meneruskan persembahan dengan lagu Semalam di Malaysia untuk menghiburkan para peminat termasuk tetamu diraja, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Ternyata D'Lloyd masih mampu menampilkan kehebatan mereka memukau penonton dengan lagu malar segar seperti Cinta Hampa, Oh! Tak Mungkin dan Pilu.
Konsert itu yang akan berakhir Ahad ini turut mengundang penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Ahmad Jais. Ia dianjurkan oleh Massa Frequency dengan kerjasama IB manakala Utusan Malaysia merupakan akhbar rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Tangkal Besi Movie 2011 sdtvrip