Penyokong pembangkang buat kecoh di mahkamah

Penyokong pembangkang buat kecoh di mahkamah



















KUALA LUMPUR 16 Mei - Keadaan pekarangan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta dekat sini, bertukar kecoh apabila lebih 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul bagi mendengar keputusan sama ada Ketua Pembangkang itu perlu membela diri dalam kes liwatnya.

Utusan Malaysia difahamkan, kebanyakan penyokong berkenaan datang dari luar Lembah Klang dan mula 'berkampung' di Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak berdekatan mahkamah awal pagi tadi.

Sejurus selepas menunaikan solat Subuh, mereka bergerak ke pekarangan mahkamah sambil melaungkan kata-kata sokongan terhadap Anwar.

Keadaan bertambah kecoh ketika Anwar tiba di mahkamah sekitar pukul 8.45 pagi dan sepanjang prosiding, selain perkataan 'Reformasi', ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan provokasi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Perkataan kesat dalam bahasa Tamil iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi juga dilaungkan termasuk menghina beberapa media seperti TV3, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia.

Kumpulan wartawan dan jurukamera dari TV3 antara yang teruk menerima tekanan apabila sekumpulan penyokong Anwar menjerit menghalau petugas media berkenaan daripada membuat liputan di mahkamah.

'TV3 lucah', 'bodoh' serta beberapa lagi perkataan tidak senonoh diluahkan penyokong terbabit kepada media berkenaan serta kepimpinan negara.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan polis kerana tindak-tanduknya yang mencurigakan apabila membawa tukul besi di pekarangan mahkamah.

"Tukul besi itu diselit di pinggangnya dan ketika ditahan pada pukul 9.15 pagi, lelaki terbabit lengkap berpakaian seragam pengawal keselamatan. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut,'' jelasnya.


p/s: apa pun kata mereka-tiada gunanya kalau kantoi depan camera"dah tau diri tu menteri'ofcoz lah anda diperhatikan..semua menteri pun diperhatikan.bukan dia sorang'but dia jer yang kantoi ..apa dah.."sudah kenyang lagi mau bising*

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban