Polis tahan lelaki mengamuk

JOHOR BAHRU - Polis tahan lelaki mengamuk









JOHOR BAHRU 16 Mei - Polis tidak menolak kemungkinan suspek bersenjatakan parang yang menyamun sebuah stesen minyak di Bandar Permas Jaya, Sabtu lalu, mengamalkan ajaran sesat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, ia ekoran rampasan beberapa buku berkaitan ajaran tersebut yang ditemui di rumah lelaki berusia 49 tahun itu.

Katanya, suspek turut akan dirujuk ke Hospital Tampoi untuk ujian mental kerana keadaan emosinya yang tidak stabil.

"Semasa soal siasat, suspek enggan bekerjasama dengan polis dan terpaksa mendapatkan khidmat bantuan hospital untuk menentukan keadaan mentalnya bagi meneruskan siasatan," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, seorang lelaki berusia 25 tahun cedera ditetak di kepala dengan sebilah pedang oleh suspek yang juga bapa saudaranya di Bandar Baru Permas Jaya, pukul 9 malam, Jumaat lalu.

Bertindak atas laporan itu, polis pergi ke rumah suspek, namun mendapati dia yang bekerja sebagai pemandu teksi telah membawa isterinya berusia 37 tahun dan lima anaknya termasuk bayi perempuan berusia 16 bulan ke sebuah stesen minyak.

Suspek bersama dua anaknya kemudian menyamun empat bungkus rokok dan sejumlah coklat di stesen berkenaan.

Tujuh sekeluarga itu ditahan polis pada pukul 2.05 petang di Taman Pelangi selepas berjaya dipujuk oleh polis supaya menyerah diri.

Zainuddin berkata, lima anak dan isteri suspek yang ditahan selepas mereka turut menyamun stesen minyak berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari mereka ditahan.

"Bagaimanapun, mereka boleh ditahan semula oleh pihak polis sekiranya perlu. Motif sebenar mereka berbuat demikian masih dalam siasatan polis.

"Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan," katanya.

Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban