PDRM jelaskan jenis gas dan cecair pemedih mata

PDRM jelaskan jenis gas dan cecair pemedih mata























KUALA LUMPUR 25 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menjelaskan bahawa cecair yang digunakan pada meriam air dan gas pemedih mata ketika perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bukan dari Israel sebaliknya buatan Switzerland dan Amerika Syarikat (AS).
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, cecair yang digunakan adalah daripada jenis IDC System AG buatan Switzerland.
Menurutnya, manakala gas pemedih mata pula iaitu Grenade Tear Gas Smoke Model ALS Technology dan Grenade Tear Gas Smoke Model MP-2SB-CS, Non Lethal Technology yang kedua-duanya buatan AS.
"PDRM memberikan penjelasan itu untuk menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata yang digunakan pada 9 Julai lalu adalah buatan Israel.
"Ini kerana, terdapat pelbagai pihak sebelum ini membuat dakwaan melulu bahawa PDRM telah menggunakan cecair dan gas pemedih mata buatan Israel untuk bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Acryl Sani memberitahu, PDRM juga telah menerima beberapa laporan yang dibuat berhubung tindakan pegawai dan anggota polis pada hari tersebut.
Katanya, antara laporan itu ialah dakwaan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah dirempuh kenderaan polis dan ia disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
"Laporan lain disiasat adalah kenyataan akhbar oleh seorang peguam yang mendakwa terdapat cubaan bunuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dakwaan pengawal peribadi Anwar yang mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terkena tembakan gas pemedih mata dan kenyataan mengelirukan kematian Allahyarham Baharudin Ahmad dengan Suhardi Mat Isa," ujarnya.


Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban