Kebebasan bersuara segar dalam UMNO















Kebebasan bersuara segar dalam UMNO


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kebebasan bersuara dalam UMNO masih wujud malah segar dalam era transformasi dan model baru politik pada masa ini, kata beberapa pemimpin UMNO pelbagai peringkat bagi menyangkal kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kononnya UMNO kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk anggotanya memberi perbezaan pendapat.

Di laman sosial pula, terdapat penyokong UMNO yang mencabar supaya Abdul Kadir, yang kini Bendahari UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, supaya keluar parti dan menegur UMNO dari luar seperti yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Datuk Mohamed Aziz menolak keras pendapat Abdul Kadir itu, dengan berkata UMNO tidak pernah menyekat ahlinya untuk bersuara selama ini.

"Kita bebas bercakap. Saya hormati beliau tetapi janganlah apabila kita sudah tidak berada dalam arus perdana parti, parti pula dikritik dan diburukkan.

UMNO yang membela bangsa dan agama selama ini, dan sedikit sebanyak membantu beliau,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban