Mangsa bukan lagi penjawat awam

lelaki yang ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 12












Rakan terdekat mententeramkan Suridah Suhardi, isteri kepada Mohd. Irwan Mohd. Ishak yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari kediamannya di Selayang, semalam. – BERNAMA






KUALA LUMPUR 12 Okt. – Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 12 unit kediamannya di Kondominium Magnaville, Selayang petang semalam tidak lagi berkhidmat sebagai pegawai di Jabatan Imigresen.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, berdasarkan rekod perkhidmatan, lelaki tersebut bukan lagi kakitangan di jabatan berkenaan sejak 10 Mei lalu.
“Subjek (mangsa) bukan lagi penjawat awam atau kakitangan di Jabatan Imigresen kerana dia dikenakan tindakan disiplin iaitu buang kerja berkuat kuasa 10 Mei lalu atas kesalahan tidak hadir bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai seorang pegawai imigresen di Pusat Bandar Damansara ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Selayang petang semalam.
Dalam kejadian pukul 7.45 petang itu, Mohd. Irwan Mohd. Ishak, 29, dipercayai cuba keluar melalui tingkap unitnya untuk ke tangga berdekatan sebelum tergelincir dan terjatuh di lantai tingkat dua kondominium berkenaan.
Mangsa berbuat demikian kerana dikatakan enggan berjumpa tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Negeri Sembilan berhubung siasatan satu kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, polis hari ini mengesahkan bekas pegawai imigresen itu dicari bagi membantu siasatan kes tipu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bekas pegawai itu dikehendaki bagi membantu siasatan berdasarkan satu laporan polis yang dibuat di IPD Seremban.
Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban